About

Areena

Assalamulaikum..wbt untuk semua pengunjung Blog Areena Cakes & Cookies.

Saya adalah seorang yang gemar memasak dan sangat meminati bidang pembuatan kek & biskut. Areena Cakes & Cookies adalah impian saya. Menjadi kepuasan saya apabila berhadapan dengan pelanggan yang tersenyum gembira ketika melihat hasil kerja tangan saya untuk mereka. Secara tidak langsung ianya membuatkan saya merasa lebih teruja untuk terus berusaha memajukan diri saya dalam bidang ini.

Sambutan hari ulang tahun kelahiran pasti amat bermakna buat semua. Ceriakan & meriahkan sambutan hari tersebut dengan kek dari Areena Cakes & Cookies. Tempahlah kek mengikut citarasa & idea menarik anda.

Areena Cakes & Cookies juga berbesar hati untuk melaksanakan tugasan menyediakan kek bagi majlis pertunangan anda. Semoga majlis anda bertambah meriah dengan kek yang cantik lagi menarik dari Areena Cakes & Cookies.

Setiap orang idamkan kek untuk majlis perkahwinan yang boleh memukau para jemputan sewaktu sesi memotong kek. Areena Cakes & Cookies sangat teruja untuk menghasilkan kek yang cantik untuk hari besar anda.

Tidak dilupakan juga tempahan kek buat insan tersayang sempena hari ibu, hari bapa, ulang tahun perkahwinan & hari-hari istimewa yang lain  Tempahan biskut sempena hari raya & kuih muih juga diterima mengikut permintaan anda.

Akhir kata, di kesempatan ini saya ingin merakamkan sekalung penghargaan & ucapan terima kasih saya buat keluarga, tenaga pengajar, rakan-rakan & mereka yang telah banyak membantu sehingga saya berjaya mencapai impian saya.

Salam sayang untuk semua...